Wednesday, 28 September 2011

Maklumat berkenaan pencemaran dan kesannya terhadap bumi.

hari perbincangan trio kumpulan ini terhadap isu pencemaran dan kesannya terhadap bumi. 

Pengenalan kepada pencemaran

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatn manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.

Takrif atau definisi pencemaran

Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

jenis-Jenis Pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
  • Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
  • Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
  • Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
  • Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
  • Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
  • Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
  • Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
  • Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

Kesan terhadap bumi

  • Mengancam Kesihatan Manusia
Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .
  • Mengancam tumbuhan dan binatang
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .
Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .
Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .
  • Kerosakan Harta Benda
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .


No comments:

Post a Comment