Thursday, 29 September 2011

Pembentangan Projek

Hari : Jumaat
Tarikh : 30 / 09 / 2011
Tempat : Makmal fizik

Pada hari Jumaat kami akan membentangkan hasil projek kami kepada pensyarah penilai iaitu Dr. Norizan Ahmad. Kami akan memberikan input dan info yang terbaik mengenai produk yang telah kami hasilkan...

Silalah datang ...Kedatangan anda amat dialu-alukan............

Sekitar pameran projek sains





HARI PAMERAN PROJEK SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Pada hari selasa, 27/09/2011 kami telah menyertai pameran projek sains yang telah dianjurkan oleh 8 PISMP Sains Ambilan Januari 2008. Pameran ini telah diadakan di hadapan Jabatan Sains IPGM Kampus Teknik. Pameran bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 11:30 pagi.

Hasil projek kami iaitu "Tong Kitar Semula Mesra Murid" telah dipamerkan dengan baik. Sambutan dari pengunjung amat memberangsangkan di semua booth. Terimakasih kepada para pengunjung yang melihat hasil projek kami.

Ribuan terimakasih kepada pensyarah projek Dr Norizan Ahmad yang juga pensyarah subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114) dalam membimbing kami menjayakan projek ini. kami juga mendapat pelbagai pujian dan feedback dari pengunjung untuk menambah baik projek kami.....

Keistimewaan Produk

· Sesuai untuk di gunakan kepada murid-murid sekolah rendah
· Boleh digunakan oleh murid yang kurang penglihatan kerana tong ini ada menggunakan deria sentuhan iaitu bentuk yang berlainan untuk setiap ruang pembuangan sampah
· Menarik untuk digunakan terutama pada peringkat umur murid-murid sekolah rendah
· Tidak memerlukan ruangan yang besar untuk meletakkan tong
· Sangat praktikal dan mampu memberi kesedaran awal kepada generasi muda.

Final Produk

Setelah kami bertungkus lumus menyiapkan produk kami dan inilah hasilnya....

 " TONG KITAR SEMULA MESRA MURID "




Membuat penutup dan elemen tambahan kepada produk

penutup untuk tong ini direka kepada tiga bentuk lubang iaitu


  • segitiga - untuk membuang kertas terpakai
  • segiempat - untuk membuang tin dan botol plastik 
  • bulat - untuk kaca 




selain dari penutup, aspek warna dipilih untuk membezakan setiap tong. 

  • warna jingga - untuk membuang tin dan botol plastik
  • warna hijau - untuk membuang kertas terpakai
  • warna biru - untuk membuang botol kaca



proses lanjutan ...

melekatkan bahan terbuang di setiap tong untuk memudahkan pelajar mengenalpasti tong  membuang sampah untuk dikitar semula. 







Proses Menghasilkan Tong Kitar Semula Mesra Murid

Bahan-bahan kitar semula yang digunakan :


  1. tong biskut
  2. kadboard terbuang
  3. botol kaca, botol plastik, tin minuman dan kertas
proses penghasilan 


tin biskut digunakan sebagai tong kitar semula


membuat  tapak tong kitar semula


penyusunan tong untuk memudahkan di letakan dalam kelas


tong kitar semula mesra murid  mempunyai kelainan dari tong yang biasa... nantikan post terbaru untuk penghasilan penutup dan aspek kelainan yang lain...

Wednesday, 28 September 2011

Perbincangan kumpulan dalam merangka produk

Membuat perbincangan dan persediaan untuk melaksanakan projek :
  1. Mencari nama produk
  2. Pengenalan dan maklumat mengenai produk.
  3. Kegunaan produk untuk murid dan orang kurang upaya.
  4. Melukis draf produk.
  5. Menyenaraikan dan mencari bahan terbuang untuk membuat tong kitar semula murid.
  6. Pembahagian tugas
  7. Menjalankan projek untuk penghasilan tong kitar semula mesra murid.

Bermula perancangan awal projek..

hasil dari pemerhatian yang telah kami buat kelihatan sampah sarap banyak dibuang oleh manusia sehinggakan berlakunya pencemaran alam sekitar.

berikut adalah gambar sampah sarap yang dibuang :



sampah sarap di tempat pembuangan sampah



sekitar kediaman orang ramai


sampah sarap di sekolah


lagi sampah di kawasan sekolah


hasil dari pemerhatian yang telah dibuat berkenaan pembuangan sampah di merata tempat. fokus kami terhadap isu pencemaran adalah tentang kitar semula bahan terbuang. 

Kami merancang untuk membuat produk untuk mengurangkan kadar pembuangan sampah. Jadi kami merancang untuk membuat projek kitar semula. Produk yang kami akan kami hasilkan : 

" TONG KITAR SEMULA MESRA MURID "   





Maklumat berkenaan pencemaran dan kesannya terhadap bumi.

hari perbincangan trio kumpulan ini terhadap isu pencemaran dan kesannya terhadap bumi. 

Pengenalan kepada pencemaran

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatn manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.

Takrif atau definisi pencemaran

Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

jenis-Jenis Pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
  • Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
  • Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
  • Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
  • Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
  • Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
  • Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
  • Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
  • Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

Kesan terhadap bumi

  • Mengancam Kesihatan Manusia
Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .
  • Mengancam tumbuhan dan binatang
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .
Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .
Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .
  • Kerosakan Harta Benda
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .


Isu VI ...

Di dalam tugasan sains, teknologi dan masyarakat terdapat enam isu yang diketengahkan iaitu :


  1. Reka bentuk, inovasi dan reka cipta
  2. Pemuliharan
  3. Tenag dalm biosfera
  4. Kemapanan Sumber
  5. Bahan tambah dalam makanan
  6. Pencemaran dan kesannya terhadap bumi

Hasil dari perbincangan bersama ahli kumpulan. isu terakhir iaitu isu 6 yang menjadi pilihan kami untuk menjalankan projek seterusnya adalah pencemaran dan kesannya terhadap bumi.


 pencemaran semakin meruncing dan sukar dibendung menyebabkan berlakunya pelbagai kesan terhadap alam sekitar  

Ahli - ahli dalam kumpulan ini....

seramai tiga jejaka yang terlibat dalam kumpulan ini..

Mohd Nasri @ ee



Mohd Shamsul Hadi @ ady





Hanif @ anip