Hari : Jumaat
Tarikh : 30 / 09 / 2011
Tempat : Makmal fizik
Pada hari Jumaat kami akan membentangkan hasil projek kami kepada pensyarah penilai iaitu Dr. Norizan Ahmad. Kami akan memberikan input dan info yang terbaik mengenai produk yang telah kami hasilkan...
Silalah datang ...Kedatangan anda amat dialu-alukan............
KaLut Pii MaNa Aihhh
Blog ini dihasilkan adalah untuk memberi info berkenaan sains, teknologi dan masyarakat dan juga produk yang dihasilkan oleh kumpulan kami.
Thursday, 29 September 2011
HARI PAMERAN PROJEK SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Pada hari selasa, 27/09/2011 kami telah menyertai pameran projek sains yang telah dianjurkan oleh 8 PISMP Sains Ambilan Januari 2008. Pameran ini telah diadakan di hadapan Jabatan Sains IPGM Kampus Teknik. Pameran bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 11:30 pagi.
Hasil projek kami iaitu "Tong Kitar Semula Mesra Murid" telah dipamerkan dengan baik. Sambutan dari pengunjung amat memberangsangkan di semua booth. Terimakasih kepada para pengunjung yang melihat hasil projek kami.
Ribuan terimakasih kepada pensyarah projek Dr Norizan Ahmad yang juga pensyarah subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114) dalam membimbing kami menjayakan projek ini. kami juga mendapat pelbagai pujian dan feedback dari pengunjung untuk menambah baik projek kami.....
Hasil projek kami iaitu "Tong Kitar Semula Mesra Murid" telah dipamerkan dengan baik. Sambutan dari pengunjung amat memberangsangkan di semua booth. Terimakasih kepada para pengunjung yang melihat hasil projek kami.
Ribuan terimakasih kepada pensyarah projek Dr Norizan Ahmad yang juga pensyarah subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114) dalam membimbing kami menjayakan projek ini. kami juga mendapat pelbagai pujian dan feedback dari pengunjung untuk menambah baik projek kami.....
Keistimewaan Produk
· Sesuai untuk di gunakan kepada murid-murid sekolah rendah
· Boleh digunakan oleh murid yang kurang penglihatan kerana tong ini ada menggunakan deria sentuhan iaitu bentuk yang berlainan untuk setiap ruang pembuangan sampah
· Menarik untuk digunakan terutama pada peringkat umur murid-murid sekolah rendah
· Tidak memerlukan ruangan yang besar untuk meletakkan tong
· Sangat praktikal dan mampu memberi kesedaran awal kepada generasi muda.
Final Produk
Setelah kami bertungkus lumus menyiapkan produk kami dan inilah hasilnya....
" TONG KITAR SEMULA MESRA MURID "
Membuat penutup dan elemen tambahan kepada produk
penutup untuk tong ini direka kepada tiga bentuk lubang iaitu
- segitiga - untuk membuang kertas terpakai
- segiempat - untuk membuang tin dan botol plastik
- bulat - untuk kaca
selain dari penutup, aspek warna dipilih untuk membezakan setiap tong.
- warna jingga - untuk membuang tin dan botol plastik
- warna hijau - untuk membuang kertas terpakai
- warna biru - untuk membuang botol kaca
proses lanjutan ...
melekatkan bahan terbuang di setiap tong untuk memudahkan pelajar mengenalpasti tong membuang sampah untuk dikitar semula.
Proses Menghasilkan Tong Kitar Semula Mesra Murid
Bahan-bahan kitar semula yang digunakan :
- tong biskut
- kadboard terbuang
- botol kaca, botol plastik, tin minuman dan kertas
proses penghasilan
tin biskut digunakan sebagai tong kitar semula
membuat tapak tong kitar semula
penyusunan tong untuk memudahkan di letakan dalam kelas
tong kitar semula mesra murid mempunyai kelainan dari tong yang biasa... nantikan post terbaru untuk penghasilan penutup dan aspek kelainan yang lain...
Subscribe to:
Posts (Atom)